photo astagfrallah7-1.gif

Friday, April 20, 2012

KSSR=PBS & KBSR=PKSR


Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Bahasa Arab bagi tahun 2012 ini untuk dilaporkan dalam sistem e-PELAPORAN j-QAF telah diputuskan seperti berikut;

1. FORMAT PENTAKSIRAN

1.1 Kelas-kelas yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Siaran Bilangan 3, Tahun 2011.

1.2 Kelas-kelas yang masih melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) boleh meneruskan pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) sepertimana yang telah terlaksana pada tahun-tahun sudah.

2. PELAKSANAAN

2.1 Bagi kelas-kelas KSSR, guru perlu menjalankan PBS dengan menggunakan instrument yang dihasilkan sendiri oleh guru.

2.2 Manakala soalan PKSR Bahasa Arab pula akan disediakan oleh BPIdan akan dimuat naik di dalam laman sesawang bahagian tersebut (bukan lagi laman sesawang BPK).

3. FORMAT PELAPORAN

3.1 Format pelaporan yang perlu dilaporkan oleh guru dalam sistem e-Pelaporan j-QAF bagi pelaksanaan PBS ialah dalam bentuk rekod transit PBS yang akan dimuatkan dalam sistem tersebut untuk diisi sepanjang tahun pengajaran. Bagi pelaporan bulan MEI ia merupakan pelaporan semasa, manakala pelaporan OKTOBER pula adalah pelaporan akhir atau pelaporan sebenar.

3.2 Manakala format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah dalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan MEI dan OKTOBER. Justeru, tiada lagi markah bulanan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab sebelum ini.