Analisa Evidens dalam Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2 :
Kemahiran Mendengar dan Bertutur (DL) : 14
Kemahiran Membaca (DB) : 14
Kemahiran Menulis (DT): 9
Jumlah keseluruhan Evidens : 37
Instrumens yang dibina mesti boleh ditaksir, boleh ditadbir, boleh diukur.
Monday, February 20, 2012
Saturday, February 18, 2012
ANALISA EVIDENS DSP TAHUN 1
Analisa Evidens Dokumen Standard Prestasi Tahun Satu Bahasa Arab
Kemahiran Lisan (Mendengar + Bertutur) = 15 Evidens
Kemahiran Membaca = 13 evidens
Kemahiran Menulis = 10 evidens.
Jumlah Keseluruhan Evidens adalah 38.
Kemahiran Lisan (Mendengar + Bertutur) = 15 Evidens
Kemahiran Membaca = 13 evidens
Kemahiran Menulis = 10 evidens.
Jumlah Keseluruhan Evidens adalah 38.
Pemilihan dan pembinaan instrumen(soalan/bahan) adalah fleksible. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Guru boleh menggunakan buku teks, buku latihan aktiviti, buku tulis, modul transisi, soalan PKSR, persembahan, lakonan, nasyid, check list, pemerhatian, soal-jawab, kad ucapan dan sebagainya. Yang penting evidens itu bercirikan autentik,sah,kecukupan,semasa dan tekal.
Sunday, January 29, 2012
LAPORAN PELAKSANAAN TRANSISI BAHASA ARAB
Perhatian kepada semua Guru Bahasa Arab Tahun Satu 2012 anda dikehendaki menghantar Laporan Pelaksanaan Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu 2012. Borang Laporan boleh dimuat turun dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Sila lengkapkan dan hantar segera ke alamat email unitarab_bpk@yahoo.com sebelum atau pada 17 Februari 2012.
Boleh muat turun Borang Laporan Pelaksanaan Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu 2012 disini :
Friday, January 6, 2012
DOWNLOAD BUKU TEKS BAHASA ARAB
Tahun 1 KSSR (2011):
http://www.ziddu.com/download/12764372/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN1KSSR.zip.html
Tahun 2 KSSR (2012) :
http://www.ziddu.com/download/18073838/BukuTeksThn2.pdf.html
Tahun 3 (2010) :
http://www.ziddu.com/download/12972130/BUKU_TEKS_BAHASA_ARAB_TAHUN_3.zip.html
Tahun 4 (2011) :
http://www.ziddu.com/download/12790022/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN4KBSR2011.zip.html
Tahun 5 (2012) :
http://www.ziddu.com/download/18074417/BukuTeksThn5.pdf.html
Tahun 6 :
http://www.ziddu.com/download/8109259/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN6.zip.html
http://www.ziddu.com/download/12764372/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN1KSSR.zip.html
Tahun 2 KSSR (2012) :
http://www.ziddu.com/download/18073838/BukuTeksThn2.pdf.html
Tahun 3 (2010) :
http://www.ziddu.com/download/12972130/BUKU_TEKS_BAHASA_ARAB_TAHUN_3.zip.html
Tahun 4 (2011) :
http://www.ziddu.com/download/12790022/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN4KBSR2011.zip.html
Tahun 5 (2012) :
http://www.ziddu.com/download/18074417/BukuTeksThn5.pdf.html
Tahun 6 :
http://www.ziddu.com/download/8109259/BUKUTEKSBAHASAARABTAHUN6.zip.html
Download Rancangan Tahunan Bahasa Arab
RPT Bahasa Arab Tahun 1 (2012) : http://www.mediafire.com/?2ogdgt1u42soy65
RPT Bahasa Arab Tahun 2 (2012) : http://www.mediafire.com/?wmtbhbbiaadix4e
RPT Bahasa Arab Tahun 3 : http://www.mediafire.com/?tycdqozjyzj
RPT Bahasa Arab Tahun 4 : http://www.mediafire.com/?4vd29y93h7u49du
RPT Bahasa Arab Tahun 5 (2012) : http://www.mediafire.com/?dk7okdeogomb2ex
RPT Bahasa Arab Tahun 6 : http://www.mediafire.com/?zzmjmym2gyn
RPT Bahasa Arab Tahun 2 (2012) : http://www.mediafire.com/?wmtbhbbiaadix4e
RPT Bahasa Arab Tahun 3 : http://www.mediafire.com/?tycdqozjyzj
RPT Bahasa Arab Tahun 4 : http://www.mediafire.com/?4vd29y93h7u49du
RPT Bahasa Arab Tahun 5 (2012) : http://www.mediafire.com/?dk7okdeogomb2ex
RPT Bahasa Arab Tahun 6 : http://www.mediafire.com/?zzmjmym2gyn
Friday, August 12, 2011
APAKAH ITU PBS DAN CARA PENTAKSIRANNYA?
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh pihak sekolah. Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan untuk membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. PBS ini juga membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assesment for learning) di sekolah.
PBS boleh dirancang di peringkat sekolah dengan merujuk kepada perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi mata pelajaran yang berkenaan.
Konsep PBS boleh diringkaskan seperti berikut:
1. DITADBIR DI PERINGKAT SEKOLAH
Merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
2. DISKOR DI PERINGKAT SEKOLAH
Merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
3. DILAPORKAN
Merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
4. DIMODERASIKAN
Merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksana untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
5. KESAHAN
Merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen Standard.
6. KEBOLEHPERCAYAAN
Merujuk sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
7. PELAPORAN POSITIF
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
DASAR PELAKSANAAN PBS
a). Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69.
b). Sekolah hendaklah memastikan infraskruktur dan kelengkapan ICT sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada komponen PBS.
c). Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum.
d). Sekolah bertanggungjawab memastikan skor diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik.
e). Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens dan fail calon yang berpindah.
f). Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran skor ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
g). Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang.
h). Murid yang tidak dilaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan.
i). Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru.
Kesimpulannya, dalam Sistem PBS ini, sekolah akan diberi kuasa yang maksimum dalam menentukan gred pentaksiran calon. Oleh itu, pentadbir sekolah dan guru perlulah memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan program ini demi kecemerlangan pendidikan negara. Kerana apa yang boleh kita lihat, Sistem PBS ini akan memberi kesan kepada kehidupan generasi yang akan datang. Akhir kata, berjaya atau gagal sistem ini bergantung kepada integriti, sikap dan komitmen pelaksana.
Sunday, July 17, 2011
SPPBS BAHASA ARAB
KOD DESKRIPTOR :-
DL : DESKRIPTOR LISAN مهارة الكلام
DB : DESKRIPTOR BACAAN مهارة القراءة
DT : DESKRIPTOR TULISAN مهارة الكتابة
# SILA RUJUK STANDARD PRESTASI B.ARAB
DL : DESKRIPTOR LISAN مهارة الكلام
DB : DESKRIPTOR BACAAN مهارة القراءة
DT : DESKRIPTOR TULISAN مهارة الكتابة
# SILA RUJUK STANDARD PRESTASI B.ARAB
Subscribe to:
Posts (Atom)