photo astagfrallah7-1.gif

Wednesday, December 19, 2012

PBS SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH : NUTP MAHU KERAJAAN KAJI SEMULA SUPAYA TIDAK BEBANKAN GURU



Kalau diikutkan perancangan dan pelannnya Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sekolah rendah murid Tahun Satu (2011) dan Tingkatan 1 pada tahun 2012 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang di aspirasikan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Kalau dilihat sekarang ini sistem pendidikan kita lebih banyak terarah kepada Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan dilihat sebenarnya terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan juga pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru- guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhirnya dan bukannya kepada proses pembelajaran.
Akhirnya diperkenalkan PBS pada tahun 2011 yang dimulakan dengan mulai Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Pusat (PP)

Kategori bukan akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Walaubagaimanapun, beberapa masalah telah kami kenalpasti berdasarkan sistem PBS Sekolah Rendah & Sekolah Menengah yang disediakan untuk kalangan guru-guru. Antara ialah :


Antara Masalah PBS
  • Masalah capaian internet sangat lemah (pedalaman)
  • Penyediaan evidens/instrumen Pentaksiran.
  • Terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan tugas lain terabai.
  • Masalah Pengurusan Fail – eviden terlalu banyak dan masalah penyimpanan fail.
  • Masalah bagi mencetak instrumen yang banyak (terutama sekolah pedalaman yang tiada kemudahan mesin cetak).

Cadangan Penambaikan



Oleh itu, kami mencadangkan kepada Pihak Kementerian :
  • Pertingkatkan kelajuan internet di Sekolah Pedalaman kerana guru di Pedalaman sukar untuk ke bandar.
  • Instrumen Pentaksiran disediakan oleh pihak Kementerian atau Jabatan sendiri supaya tahap pentaksiran seragam dan mempunyai standard yang sama di semua sekolah.
  • Wujudkan satu jawatan khas (bukan guru) bagi pengurusan fail dan Sistem PBS di semua sekolah untuk membantu guru-guru.

Didapati masalah berkenaan PBS ini, KPM sudah sedia maklum sebenarnya kesulitan yang dihadapi oleh kalangan guru dalam akses Sistem Pengurusan Penaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) online sebelum ini. Dalam jawapan di Dewan negara baru-baru ini pun KPM dikatakan telah mengambil tindakan melalui jawapan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Fuad Zarkashi yang mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dengan mengambil langkah interim iaitu :
  • Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi SPPBS dan Aplikasi Data Murid iaitu APDM
  • Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September 2012
  • Menteri Fuad Zarkashi mengatakan sistem itu telah stabil dan boleh diakses tanpa sebarang masalah.
  • KPM juga telah menambah server daripada empat kepada 20 server bagi mengatasi masalah ini.

Menyediakan sistem yang mempunyai kelajuan hingga 20 megabit per second melalui Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Di bawah Projek Perkhidmatan 1BestariNet, semua sekolah kerajaan iaitu sebanyak 10,019 buah sekolah akan dibekalkan dengan talian fiber degan kelajuan 4 megabit sehingga 20 megabit per second manakala selebihnya yang merupakan sekolah luar bandar dan pedalaman akan dibekalkan dengan talian DSAT dengan kelajuan sehingga 4 megabit per second.

Perkhidmatan ini akan dapat mengatasi masalah mengenai kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan Penaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) termasuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

1 comment:

  1. Salam cikgu...Saya setuju sangat mengenai masalah PBS ini terutama penggunaan masa untuk penyediaan pentaksiran, jika cikgu berminat untuk mengetahui sistem pengurusan PBS secara online, cikgu boleh melawat sesawang SasbadiOnline - iPBS dan video mengenai produk ini.
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete