Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara pertama ialah kementerian itu menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Katanya, penggunaan DSP sebelum ini menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

"Dengan panduan baru ini, guru akan mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
"Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk panduan baru ini," katanya pada sidang media khas mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi.
Kedua, katanya, guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara atas talian seperti sebelum ini.
Katanya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. "Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
"Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat bagi pelajar Tingkatan Tiga yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah," katanya.
Sementara itu, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan.
Katanya, perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru," katanya.

No comments:
Post a Comment